Archive for April, 2007

akhirnyer kiter kembali…

Slm blog buat semua… Setelah bertahun lamanya, akhirnya kali ini misiku untuk menulis semula tercapai. muahahaha…

Kini, sudah dua minggu dua hari saya telah berada di rumah yang tercinta. Tinggal lagi dua bulan, dua minggu dan 5 hari lagi saya akan menyambung pelajaran ke kuantan…hua~ Seronoknya dapat cuti panjang…

Hmmm…updates… Pada hari kedua percutian yang panjang ini, saya telah mengikuti program Mahabbah Community Service(MCS) di Temerloh, Pahang selama seminggu. Banyak juga pengalaman dan pengajaran yang telah saya timba sepanjang berada di dalam program ini. Saya dan semua peserta MCS telah bermastautin di Kg. Bukit Resak, Paya Pulai di rumah keluarga angkat masing-masing. hehe..di sinilah bermula segalanya….

Aktiviti pada hari pertama macam biasa - gotong-royong bersihkan dewan dan surau kampung… Memang penat la. he3

Di hari-hari seterusnya, kitorang ke hospital melawat wad kanak-kanak, naik bot di Sg. Pahang, ke sangkar ikan, jadi faci kt sekolah, dan banyak lagi aktiviti yang kitorang buat. Memang seronok sangat. Yang paling best sekali ialah pengalaman memanjat gunung di Gunung Senyum. Kitorang gi masuk gua..bukan satu gua, tapi LAPAN gua!!! Penatnya minta ampun…tapi BEST!!! v(",)v

Apapun yang best tentang program ini bukan terletak pada aktivitinya sahaja, tetapi pada ukhuwah yang terjalin sesama peserta dan sesama keluarga angkat. Kitorang umpama sebuah keluarga. Ye la…masak sama-sama, makan sama-sama, basuh pinggan pun sama-sama…hey…seronok…sampai tidak terkata keseronokannya…undescribable lah…

Alhamdulillah, hubungan kami kini masih lagi utuh walaupun selepas program. Keluarga angkat pun selalu panggil balik. InsyaAllah ada peluang lagi, saya akan pulang ke Pahang. Dapat la merasa lauk ikan patin masak lemak tempoyak lagi. =P