Denying Reality 1
sakit hatiku…
kesalahanku diperburukkan lagi ke atas insan yg belum mengenal erti salah..ceritanya begini..
seusai aku mengemas rumah, aku ke dapur untuk bersarapan sambil menemani kakakku yang sedang memasak untuk makan tengahari. sambil-sambil itu aku bermain bersama si anak kecil, anak jiran kami, yang kemudiannya aku tinggalkan bersama abangnya yg berusia sekitar dua tahun. walau sekejap cuma aku meninggalkannya, kemalangan kecil berlaku. si anak kecil itu terjatuh lalu menangis.
aku sandarkan kemalangan itu berlaku kerana kecuaianku tetapi kakakku dengan pantas menghukum si abang. si abang lalu menangis. mengapa perlu dihukum si kecil yang tidak kenal erti salah itu? iya, budak kecil memang nakal. itu memang fitrahnya. tidak salah untuk marah tetapi bukan dengan menghukum.
yang pasti, kejadian ini menambahkan lagi kesakitan dalam hati.
to be continued…